Assalamualaikum wbt,
Saya sering diuji dengan apa yang saya tulis dan ucapkan. Sering kali apa yang saya tulis, cakap, atau ajar berlaku pada diri saya sendiri. Sehingga pernah sampai ke satu tahap membuatkan saya takut untuk menulis. Takut untuk mengajar. Risau... Kalau-kalau apa yang saya lontarkan akan kembali menimpa dan menguji diri saya. Benarlah kata-kata ini, "Bila kita sendiri diuji dengan apa yang sering kita dakwahkan, itu petanda ALLAH sedang mendidik kita agar melaksanakan apa yang kita perkatakan. Bersyukurlah kerana ALLAH masih sudi mengingati kita dalam usaha kita mengingatkan manusia."
Kadang-kadang saya sendiri rasa pelik saat saya membaca kembali tulisan-tulisan saya.. Bukan sebagai rujukan untuk menulis atau mengajar, tetapi ditatap pada waktu tersunyi dalam hidup untuk bermuhasabah dan menghukum kealpaan diri. Kiranya semua yang pernah saya tulis mampu saya amalkan, alangkah indahnya. Cuma saya terus berharap dan berdoa. Kita tidak akan mengalah walaupun sering kalah.
Saya berharap agar diri ini juga terdidik dengan hasil tulisan sendiri. Pada saya, seorang pendakwah ialah jambatan kepada orang lain untuk mendapat hidayah. Justeru, apa salahnya jika jambatan itu dilalui oleh dirinya sendiri.
Saya juga seperti rakan-rakan lain.. Ada kalanya kelelahan dengan ujian hidup yang bertali arus. Satu demi satu. Namun, ALLAH SWT telah lama mengingatkan kita melalui Al-Quran bahawa mati dan hidup dijadikan untuk menguji kita siapakah yang terbaik amalannya..
Subahanallah, saya diuji tahap kesabaran dan ketenangan.. Tabarakallah..



4 Comments? ♥ ;):
jangan cepat merajuk atau menagis bila kena tegur ye lepas ni.ingat tu.
yep. true. bagi sy sendiri, dah lama berjaga2 dengan apa yg diperkatakan secara lisan mahupun tulisan. ^^
sama2 berfikir. ^^
Miey : Itu lah.. sepatutnya teguran itu kebiasaannya bersifat membina, kerana apa yang tidak kita sedar kadang2 orang lain sudah sedar terlebih dahulu, persepsi kita lain, persepsi orang pula lain...
Org kata, Biarlah emosi itu dikeluarkn dgn tangisan.. hihi tak gitu ke? :)
Taqo : Beringat sebelum terkena.. hehe. tapi syukurlah.. rupanya ALLAH menguji secara halus.. tak nampak tapi kita dapat rasa. :)
Post a Comment