Thursday, February 16, 2012

Bicara soal lambatnya jodoh.


Assalamualaikum wbt,

Saya tertarik dengan penulisan Ustazah Fatimah Syarha didalam buku yang beliau tulis iaitu Sebarkan Cinta-Mu. Ada satu dialog antara Sarra, Diranie, dan Ibu Dhiya' iaitu mengenai soal jodoh. Kata-kata ibu Dhiya' banyak memberi kesedaran diri..

Sarra : "Ibu Dhiya, saya tidak faham, sekiranya ALLAH sayangkan kita, mengapa Dia menguji kita?"

Ibu Dhiya' : "Jika ALLAH tidak menguji, bagaimana Dia akan memberikan bukti kepada kita, siapa yang layak mendapat kedudukan tinggi dan sebaliknya di akhirat nanti? Hidup tanpa ujian ibarat belajar tanpa peperiksaan. Semua orang akan bersikap sambil lewa dan sukar mengenal pasti siapa yang berkualiti dan siapa tidak"

Sarra : "Misalnya, saya diuji belum bertemu jodoh sedangkan saya teringin berkahwin awal. Apa yang Dia mahukan?"

Ibu Dhiya' : "Sebelum kita tanya kerja ALLAH cuba bertanya kerja kita . Adakah kita sudah berusaha mempersiapkan diri secara mental, fizikal, dan spiritual?"

Sarra : "Rasanya saya sudah bersiap sedia"

Ibu Dhiya' : "Tanya diri, matangkah pemikiran kita bagi memikul tanggungjawab sebagai isteri dan ibu?"

Sarra : "Bagaimana menilainya?"

Ibu Dhiya' : "Nilainya ia dengan melihat cara kita melaksanakan tanggungjawab harian kita sebagai hamba ALLAH, anak, kakak, dan pelajar. Tanya lagi diri, kuatkan fizikal untuk menjaga insan lain?"

Setelah itu seorang rakan Sarra iaitu Diranie pula bertanya..

Diranie : "Ini pula, apa nilainya?"

Ibu Dhiya' : "Nilainya ia dengan melihat cara kita mengurus kesihatan, pemakanan dan kebersihan harian kita di rumah dan d kolej. Seterusnya, tanyalah diri, teguhkah hati kita bagi menghadapi ujian rumah tangga? Nilailah ia dengan melihat cara kita menghadapi masalah harian kita"

Diranie : "Tetapi saya mahu kahwin segera sebab saya mahu jaga iman"

Ibu Dhiya' : "Jaga iman dengan proses didikan tersusun bukannya dengan berkahwin. Iman kita mungkin semakin jauh daripada ALLAH sekiranya berkahwin dalam keadaan tidak bersedia. Perkahwinan akan menjadi medan dilenyek masalah, bukannya melengkapi agama."

Diranie : "Hmm.. nampaknya banyak lagi yang belum siap. Tetapi, saya sangat teringin menjaga hati dan diri saya daripada zina"

Ibu Dhiya' : "Jodoh lambat sampai selalunya kerana kriteria diri kita sendiri yang lambat mempersiapkan diri sebagai produk solehah"

Sarra : "Selain itu, jika kita berusaha mendapatkan jodoh dengan jalan-jalan menghampiri zina seperti SMS, call, dan dating tanpa urusan, ia juga boleh melambatkan jodoh. Betul ataupun tidak?"

Ibu Dhiya' pun mengangguk tanda setuju

Ibu Dhiya' : "Ya. Insan yang tulus berhajatkan kita menjadi tawar kerana melihat kita bermain dengan lelaki lain yang bukan mahram padahal belum tentu dia jodoh kita. Ada juga faktor-faktor lain seperti kurangnyaa berdoa dan putus asa memohon pertolongan ALLAH, dapat melambatkan jodoh"

Sarra : "Patutlah sejak saya kecil ibu saya mengajar saya berdoa, mendapat pasangan dan zuriat sebagai penyejuk mata dan imam bagi orang bertakwa"

Ibu Dhiya' : "Bagus. Apa pun, lambat ataupun cepat, jodoh bukanlah matlamat kita sekalipun ia fitrah. Ia cuma cara bagi mendekatkan diri kepada ALLAH. Sekiranya tiada jodoh sekalipun, anggaplah ia suatu ujian yang tidak akan menjejaskan sedikit pun cinta kita kepada ALLAH"

Pesan Ibu Dhiya' itu sangat-sangat membuka minda saya apabila membacanya.. Moga apa yang disampaikan oleh penulis kepada kita bermanfaat untuk hari mendatang...



Thursday, January 5, 2012

Ukhuwah Fillah.

Assalamualaikum wbt,

Saya pernah bertanya pada diri sendiri, "Adakah sahabat/saudara yang sanggup mengutamakan sahabatnya lebih daripada dirinya sendiri?"

Walaupun mungkin jarang jumpa sahabat seperti itu, kita kena yakin bahawa memang ada sahabat seperti itu di dunia, di akhir zaman ini.

Saya kagum pada peribadi Imam Hassan al-Banna. InsyaALLAH mahu mencontohi peribadi yang baik dari beliau. Menyoroti kisah perjuangan beliau 'membina pemuda' di waktu itu sangatlah dengan penuh jerih dan payah.

Beliau pernah berkata mengenai apa itu ukhuwah..

"Yang saya maksudkan dengan ukhuwah ialah mengikatnya hati-hati dan jiwa-jiwa ini dengan ikatan aqidah. Dan aqidah merupakan ikatan yang paling kukuh dan paling mahal harganya. Dan ukhuwah adalah saudara keimanan. Sementara perpecahan adalah teman dari kekufuran. Kekuatan yang utama adalah persatuan dan tidak ada persatuan tanpa cinta. Dan cinta yang paling rendah adalah lapang dada, sementara yang paling tinggi adalah itsar (mengutamakan saudaranya)."
- Imam Hassan al-Banna-

Hari Khamis : Amalan Zikir Harian..
Moga diampunkan dosa kita walau sebanyak buih di laut atau pasir di bumi ALLAH..



Wednesday, January 4, 2012

Adakah anda rakyat Malaysia yang bertanggungjawab?

Assalamualaikum wbt,


3.7 juta rakyat Malaysia belum daftar mengundi? Sedihnyaa... Rupanya ramai lagi yang belum ambil kisah pasal benda ni.. duk sembang kosong je, baik pergi mendaftar kepada siapa yang belum mendaftar tu..

Mengundi adalah satu kewajiban sekiranya anda seorang rakyat Malaysia berumur 21 tahun ke atas. Tak kiralah anda nak undi parti apa-apa pun, ianya adalah hak anda sebagai seorang rakyat.

Alhamdulilah, saya sudah pun mendaftar dan ini tanggungjawab saya sebagai rakyat yang dah cukup syarat... Kini sedang bersiap untuk menunggu tarikh Pilihanraya Umum..

Bagi mereka nak tahu dimana status pendaftaran dah disahkan ke belum.. sila lawati www.spr.gov.my bagi mereka yang ingin check status. Semuanya terjawab didalam website Suruhanjaya Pilihanraya.


Boleh klik di ruangan semakan daftar pemilih bagi sesiapa yang sudah mendaftar.. yang belum mendaftar boleh lah klik muat turun borang.. dan isi borang A. Terus dihantar ke sistem aduan/pertanyaan dan klik pendaftaran pemilih.. upload borang tu ke dalam tu. senang jeh.. Sebarang pertanyaan sila diadukan ke dalam web tu.. semua dah dinyatakan.. Gunakan hak anda sebagai mengundi untuk menentukan masa depan kita semua juga..
p/s : Saya dah! anda?


Hari Rabu : Amalan Zikir Harian

Setiap kali di baca zikir ini, menghilangkan satu titik hitam dalam hati dan ALLAH memberi keampunan kepada hambaNya.

Tuesday, January 3, 2012

Hari Selasa : Amalan Zikir Harian

Moga mendapat rahmat ALLAH dan mendapat syafaat Rasulullah di dunia dan di akhirat..